Header Ads

APA ITU PDA

Anda mungkin pernah mendengar perkataan PDA. Barangkali di majalah, suratkhabar, tv, atau mungkin dari rakan-rakan anda. Tetapi adakah anda tahu apa itu PDA dan kegunaannya?
PDA adalah singkatan dari perkataan Personal Digital Assistant. PDA adalah peranti berkomputer yang kecil (biasanya sebesar tapak tangan) dan sangat ideal digunakan untuk mencatatkan nota ringkas, jadual harian, dan mengurus masa. Ia amat sesuai bagi mereka yang sering menghadiri mesyuarat, seminar, atau kelas-kelas ilmu (termasuklah kelas agama atau mungkin juga khutbah Jumaat...supaya tak tertido).

Kini ciri-ciri PDA telah dikembang dan dimajukan dimana pengguna boleh menggunakan PDA untuk mengakses internet dan juga sebagai telefon mudah alih (Untuk membolehkan anda melayari internet menggunakan PDA anda perlu memastikan PDA anda menyokong fungsi bluetooth atau WiFi).
Selain bekerja PDA juga boleh digunakan untuk mendengar muzik, menonton video serta bermain permainan komputer. Sering kelihatan mereka yang memiliki PDA menggunakan kemudahan santai ini ketika menunggu di bank atau menanti nombor panggilan ketika berurusan dikaunter atau menunggu bas. Sekurang-kurangnya dapat meringankan tekanan serta kepenatan bekerja. Sesetengah PDA pula menyokong fungsi multimedia lain seperti kamera dan tv.
Selain membantu meringankan tas tangan anda (kerana anda tidak lagi perlu membawa buku catatan, diari yang tebal, kamera serta telefon bimbit) PDA boleh membantu anda menentukan kedudukan melalui fungsi GPS. Tetapi ia bergantung kepada ada atau tiada khidmat GPS ini ditawarkan di sesebuah negara itu.

Untuk melihat contoh model-model dan spesifikasi PDA yang terdapat dipasaran anda boleh ke google images.

No comments

Terima kasih.