Ancaman Terhadap Komputer Anda?!
Tahu tak anda yang setiap kali menggunakan internet komputer anda sebenarnya terdedah kepada ancaman-ancaman yang mungkin dapat memusnah atau mengubahsuai program, fail-fail, cakeras keras, memori dan sebagainya.
Ancaman ini datang tanpa kita undang dan seringkali tidak kita ketahui. Hanya setelah komputer kita bermasalah baru kita mengetahui ada sesuatu yang tidak kena dengan komputer kita. Diantara ‘serangan’ yang mungkin berlaku keatas komputer kita adalah virus, malware, spyware, adware, spam, dan hacker.
Tahukah anda apa maknakah ‘menatang alah’ ini? Oleh itu saya akan terangkan secara ringkas istilah-istilah diatas dan berharap menjadi sedikit panduan kepada anda.
VIRUS – adalah sejenis program yang direka (atas sebab yang hanya diketahui niatnya oleh pereka) untuk menduplikasi dan menjangkiti komputer tanpa diketahui oleh pengguna komputer tersebut. Ianya tersebar apabila ‘host’nya dibawa dari satu komputer ke komputer lain seperti melalui email, floppy disk, CD, atau pendrive.
Sebagai tambahan Virus pertama yang dilaporkan padadisebarkan kepada umum iaitu pada 1982 adalah satu lawak jenaka yang dihasilkan oleh pelajar sekolah!!!
MALWARE- atau Malicious Software adalah sejenis perisian yang direka untuk menghantar secara ‘pakej’ yang mana apabila ‘terkena’ komputer anda mungkin akan diserang secara serentak virus, worm, spyware, dan adware. Biasa untuk kita tidak dapat membezakan antara malware dan virus kerana seperti yang dinyatakan ia datang dalam pakej. Profesional komputer menggelarnya ‘computer contaminat’ atau terjemahan langsung ke bahasa melayu adalah pencemaran komputer.
SPYWARE- Dengar saja namanya anda boleh agak fungsinya. Spyware digunakan untuk menjejaki atau memantau aktiviti pengguna internet. Biasanya ia digunakan untuk periklanan terutama oleh laman web berbentuk pornografi. Spyware ini boleh menyebabkan data, maklumat peribadi anda dan aktiviti anda ketika menggunakan internet dikesan oleh pengendali laman web yang tidak beretika ini.
ADWARE- advertising-supported software adalah perisian periklanan yang menghantar, memainkan, atau memuat turun sesuatu bahan periklanan tanpa kebenaran atau kehendak pemilik komputer itu.
SPAM- adalah serangan dalam bentuk email dimana pengguna dipaksa menerima email biasanya dari pihak yang tidak dikenali secara lambak sekaligus menyebabkan inbox penuh!!
HACKER / CRACKER - MEREKA adalah penyangak! Sama seperti mereka yang memecah masuk rumah seseorang atas niat tertentu.
Bagaimana untuk menghalang ancaman-ancaman ini? Jawapannya dengan mendapatkan perisian-perisian pencegahan seperti anti-virus, anti-spyware, firewall (untuk cegah hackers), anti-spamming dan sebagainya. Bagaimanapun ini bukanlah jaminan keselamatan 100% kerana pereka-pereka perisian ‘jahat’ ini akan sentiasa mengemaskini dan memperbaiki kod-kod program mereka untuk menembusi halangan-halangan yang dibuat oleh perisian-perisian pencegahan ini.
Oleh itu anda perlu memastikan bahawa perisian pencegahan yang anda gunakan pada komputer anda adalah yang original dan terkini. Mengapa original? Kerana hanya yang original dapat di ‘update’ untuk menghalang serangan-serangan baru. Antara perisian yang terkini adalah Norton Symanetc anti virus 2007 atau Norton Symantec Internet Security 2007 SG (perisian all-in one).
Diharap maklumat diatas membantu anda menyediakan ‘payung sebelum hujan’.

Post a Comment