Header Ads

Kemajuan ICT Malaysia

"Di samping itu juga, pembangunan pesat industri ICT serta aplikasinya dalam operasi pengeluaran dan perkhidmatan mewujudkan keperluan terhadap kemahiran baru. Tambahan sebanyak 85,470 pekerja ICT termasuk jurutera sistem dan perkakasan, pemaju dan jurutera perisian, pengaturcara program komputer dan sokongan teknikal adalah juga diperlukan dalam tempoh rancangan tersebut.

Dalam Rancangan Malaysia Kelapan, Kerajaan telah mengariskan beberapa strategi bagi menangani cabaran yang lebih besar, akibat daripada peningkatan globalisasi dan liberisasi serta kemajuan ICT. Antara strategi tersebut ialah meningkatkan pertumbuhan produktiviti melalui pemantapan pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran pekerja serta memperkukuhkan penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi. Di samping itu, turut diberi penekanan ialah memperkukuhkan asas sumber manusia bagi memastikan bekalan tenaga manusia mempunyai tahap pengetahuan kemahiran teknikal dan kemahiran berfikir yang tinggi menerusi sistem latihan dan pendidikan."

bacaan lanjut klik sini

No comments

Terima kasih.