Kenal Komputer Sebelum Beli...
Barangkali anda sering didatangi jurujual komputer ketika berada di pasaraya atau di pameran ICT. Anda menerima lembaran iklan atau 'fliers' yang menunjukkan sebuah atau beberapa buah set komputer dengan senarai komponen dan harga yang berbeza-beza.
Sebagai contoh, sehelai fliers yang saya terima ketika mengunjungi pameran ICT mencatatkan senarai berikut untuk satu set komputer;
Intel Core 2 Duo* E6300-1.86GHz
MSI 7255 Quality Board
1 GB DDR-II RAM
250GB SATA-II HDD
1.44MB Floppy Drive
Built-in VGA Card & Sound
19" TFT LCD Screen
PS/2 Soft Touch Keyboard & Optical Mouse
18XDVD Writer ( Can burn CD & DVD)
Power Stereo Speaker
56K Internet Modem & 10/100 LAN
MS Windows XP Home
Bagi mereka yang berlatar belakangkan IT pasti sedia maklum dan tiada masalah memahami apa yang tercatat diatas. Tetapi bagi mereka yang tiada pengetahuan atau cetek ilmu, semua ini hanya memeningkan kepala sedangkan keperluan untuk memiliki komputer adalah mendesak. Ini pasti menyukarkan mereka membuat penilaian dan pemilihan ketika membeli komputer.
Maka dalam artikel ini saya akan menerangkan sekadar termampu tentang apakah yang tercatat pada senarai tadi dan apa yang benar-benar diperlukan oleh sesebuah komputer.
1.Intel Core 2 Duo* E6300-1.8GHz
-Ini adalah salah satu model bagi apa yang dipanggil sebagai Central Processing Unit (CPU). CPU seumpama sistem saraf dalam otak manusia. Fungsinya adalah mentafsir maklumat dalam operasi sesebuah komputer. CPU adalah komponen paling penting dalam sesebuah komputer. Tanpanya komputer anda tidak dapat dihidupkan kerana setiap komponen dalam komputer bergantung kepadanya untuk berinteraksi antara satu sama lain. Biasanya semakin tinggi kelajuan Hz tu semakin laju suatu komputer.
2. MSI 7255 Quality Board
-Ini adalah model bagi sebuah papan induk atau lebih dikenali sebagai Motherboard yang terdapat dipasaran. Papan induk adalah tapak bagi menempatkan komponnen utama dalam sesebuah sistem komputer seperti CPU, Memori dan pelbagai kad antara muka yang lain. Fungsinya adalah untuk mengintegrasikan kesemua komponen tadi berserta komponen input yang lain seperti tetikus, keyboard, monitor dan pembesar suara agar komputer dapat berfungsi dengan baik dan sepenuhnya.
3.1GB DDR-II-RAM
-Ini adalah memori. Fungsinya adalah unutk menyimpan maklumat sementara serta membantu CPU mengendalikan maklumat dengan cepat. Memori amat penting untuk memastikan kecekapan sesebuah komputer. Memori yang bersesuaian dengan frekuensi CPU akan menjadikan sesebuah komputer berfungsi dengan baik dan lancar tanpa sebarang gangguan atau tersekat-sekat dan lembab.
Memori komputer telah melalui beberapa innovasi. Bermula dengan model EDO(yang telah pupus), SDRAM (yang ketinggalan zaman), DDR-RAM (yang popular kini), serta terbaru RDRAM(untuk digunakan dengan CPU P4). Biasanya semakin tinggi jumlah RAM semakin laju suatu komputer itu.
4. 250GB SATA-II HDD
Manakala ini difahami sebagai cakera keras atau Hard Disk. Gunanya adalah untuk menyimpan semua maklumat dan perisian untuk digunakan pada bila-bila masa. Setiap perisian dan atucara disimpan disini untuk kegunaan apabila diperlukan kelak. Cakera keras terdapat dalam pelbagai saiz, bergantung kepada keperluan antaranya; dari 20GB(yang semakin pupus) hingga ke 500GB.
Jika hanya melakukan tugasan mudah seperti tugasan pejabat atau pelajaran, kapasit storan antara 40GB hingga 80GB sudah memadai.
Tetapi bagi seorang pereka grafik atau animasi memerlukan kapasiti yang lebih. Perlu difahami bahawa kapasiti storan cakera keras bukanlah penentu kelajuan sesebuah komputer. Sebaliknya intergrasi yang sesuai antara Memori dan CPU memainkan peranan yang penting dalam memastikan komputer lancar dan pantas.
Contohnya, jika cakera keras anda bersaiz 250GB tetapi Memori anda sekadar 64MB dan CPU anda 600MHz, anda mungkin tertidur dihadapan komputer menantikan komputer anda menghabiskan proses muat turun perisian seperti permainan komputer. SATA lebih laju daripada IDE.
5. 1.44 MB Floppy Disk
Semua orang kenal disket (melainkan anda lahir sebelum merdeka…ada ke yang tak kenal?) Floppy Disk adalah tempat dimana anda memasukkan disket atau kadangkala dipanggil floopy A. Floppy Disk digunakan untuk menyimpan atau memproses data pada disket.
Pada era ini floppy disk telah jarang digunakan. Mungkin kerana ruang storan yang terlalu kecil pada satu-satu disket, yakni 1.44MB sahaja.
Kini ramai telah beralih kepada ThumbDrive (atau pendrive atau kini dikenali sebagai Flash Drive) yang mempunyai fungsi yang sama tetapi berkapasiti berkali ganda besarnya hingga boleh memuatkan lagu dan video klip kegemaran. Jadi Floppy Disk ini mungkin tidak lagi penting tetapi tetap menjadi aksesori wajib jika anda membeli komputer kerana pengilang tidak menyertakan Thumbdrive dalam pakej baru sesebuah komputer.
Selain Thumbdrive, CD-Burner (kalau ditranslate=pembakar CD) juga jadi pengganti Floppy Disk.
6. Built-in VGA Card & Sound
Ini adalah kad paparan yang tersedia didalam komputer anda. Tujuannya adalah bagi melancar dan memperelokkan paparan grafik dan bunyi yang dihasilkan komputer anda. Didalam fliers yang dirujuk ini tidak dinyatakan jenis atau nama kad paparan yang disertakan.
Untuk pengetahuan kad paparan bagi grafik yang popular pada masa kini kerana kemampuan luar biasanya adalah dari pengeluar seperti Nvidia (model series GeForce) dan ATI (model series Radeon). Kad paparan grafik mempunyai GPU yang berfungsi seperti CPU tetapi hanya mengendalikan hal ehwal grafik agar nampak lebih pantas, jelas, cantik dan realistik.
Biasanya built in vga dan sound ini tidak sesuai untuk hardcore gamers tetapi cukup sesuai untuk kegunaan biasa.
7. Lain-lain Komponen
Komponen selebihnya yang terdapat dalam senarai diatas adalah ciri-ciri tambahan yang bergantung pada keperluan anda seperti; monitor dan saiznya, DVD writer jika anda ingin mencetak hasil kerja atau gambar filem ke dalam DVD, Speaker, modem jika anda menggunakan internet dan Windows XP Home edition.

Post a Comment