5 Waktu Berzakat
5 Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
- Waktu Wajib :
Bermula terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya (1 Syawal).
- Waktu Paling Afdhal :
Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.
- Waktu Sunat :
Sepanjang bulan Ramadhan
- Waktu Makruh :
Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
- Waktu Haram :
Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu dan ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
.
Dalam menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini, lengkapkanlah juga puasa tersebut dengan menunaikan zakat fitrah. Ini kerana, zakat fitrah akan dapat menampung segala kelemahan dan kekurangan dalam menjalani ibadah puasa Ramadhan.
Bagi yang belum berkesempatan untuk membayar zakat fitrah melalui amil-amil atau kaunter bayaran zakat, apa kata gunakan kemudahan Maybank2u untuk melaksanakan kewajiban kita ini.
Anda boleh baca panduan mudah membayar zakat fitrah melalui Maybank2u di sini :
Post a Comment