Header Ads

MH17 : Kenyataan Media Rasmi daripada MAS

Diterjemahkan oleh MindaICT:

Jumaat,  18 Julai , 08:20 PM GMT +0800 

Kenyataan Media 4: Kemalangan MH17

1.    Plan Penerbangan

Plan penerbangan  MH17 telah diluluskan oleh Eurocontrol,  satu-satunya pihak yang bertanggungjawab untuk menentukan laluan penerbangan pesawat awam di ruang angkasa Eropah. Eurocontrol adalah merupakan penyedia perkhidmatan pandu-arah udara untuk Eropah dan ianya tertakluk kepada peraturan ICAO.

Laluan di ruang udara Ukraine di mana kejadian berlaku adalah laluan yang biasa digunakan untuk penerbangan-penerbangan Eropah ke Asia. Satu penerbangan daripada syarikat lain juga berada di laluan yang sama pada masa kemalangan menimpa MH17,  begitu juga dengan sebilangan penerbangan daripada syarikat-syarikat lain pada hari-hari dan minggu-minggu sebelumnya. Eurocontrol ada menyimpan semua rekod penerbangan merentasi ruang udara Eropah,  termasuk yang merentasi Ukraine.

Dalam bulan April, Organisasi Penerbangan  Awam Antarabangsa atau  International Civil Aviation Organization (ICAO) mengenalpasti satu kawasan di sebalik semenanjung Crimean sebagai berisiko. Di mana MH17 tidak terbang masuk ke kawasan itu atau mohon untuk terbang ke kawsan itu. MH17, pada setiap masa telah berada dalam ruang udara yang telah diluluskan oleh ICAO.

2.    Ketinggian

MH17 telah memfailkan permohonan untuk terbang pada ketinggian 35,000 kaki sepanjang ruang udara Ukraine. Ketinggian ini adalah hampir dengan ketinggian optimum. 

Walau bagaimanapun,  ketinggian suatu pesawat dalam penerbangan ditentukan oleh pengawal trafik udara di darat.  Semasa memasuki ruang udara Ukraine,   MH17 telah diarahkan oleh pengawal trafik udara Ukraine  agar terbang pada ketinggian 33,000 kaki.

3.    Kerakyatan

Berhubung sidang media pada tengahari ini,  Malaysia Airlines boleh mengesahkan tambahan 16 penumpang telah disahkan kerakyatannya. Berikut adalah pecahan kerakyatan penumpang-penumpangnya :

·         189 Netherland

·         44 Malaysia

·         27 Australia

·         12 Indonesia

·         9 UK

·         4 Belgium

·         4 Jerman

·         3 Filipina

·         1 Kanada

·         1 New Zealand

Empat lagi penumpang belum disahkan kerakyatannya.

4.    Laluan penerbangan baru

Berhubung peristiwa ini,  Malaysia Airlines sekarang mengelakkan secara penuh penerbangan di ruang udara Ukraine,   dan menggunakan  laluan ke selatan Turki.

-tamat -

Baca artikel rasmi asal di http://www.malaysiaairlines.com/my/en/site/mh17.html dalam bahasa Inggeris.

No comments

Terima kasih.