Header Ads

ALTEL : Penyedia 4G bumiputra terbaru


Altel Communications Sdn Bhd (ALTEL) mula beroperasi pada Julai 2012 dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Al-Bukhary.

Di bawah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd, Altel telah berkecimpung di dalam industri telekomunikasi dan diperuntukkan spektrum untuk membina sebuah rangkaian mudah alih. Kami ingin menjadi pembekal khidmat telekomunikasi utama yang menyediakan Long Term Evolution (LTE) (4G), bagi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan servis telekomunikasi, penyampaian strategik, teknologi telefon bimbit dengan kepantasan yang laju, selaras dengan nilai-nilai dan visi syarikat.

  1. Apakah Prabayar Altel?
    Altel adalah perkhidmatan terbaru servis prabayar mudah alih yang membolehkan anda membuat panggilan, menghantar pesanan mesej melalui SMS atau servis data.
  2. Apakah servis yang disediakan?
    Altel menawarkan servis telefon prabayar seperti Panggilan Suara dan SMS, data mudah alih dan panggilan IDD.
  3. Dimanakah SIM Pek Altel boleh dibeli?
    Anda boleh membeli SIM Pek Altel di semua kedai diseluruh negara. Anda hanya perlu mencari logo Altel di kedai yang berhampiran.
  4. Berapakah harga SIM Pek Altel?
    SIM Pek Altel dijual pada harga runcit RM7 setiap satu dan didatangkan bersama kredit bernilai RM5.
  5. Berapakah tempoh sah SIM pek?
    Semua SIM Pek Altel disertakan bersama 30 hari tempoh sah selepas pendaftaran berjaya. Anda haruslah tambah nilai sebelum hari yang ke-30 bagi mengelakkan perkhidmatan terganggu.
  6. Dimanakah saya boleh tambah nilai?
    Anda boleh menambah nilai kredit anda di semua kedai-kedai diseluruh negara. Anda hanya perlu mencari logo Altel di kedai yang berhampiran.
  7. Apakah denominasi yang disediakan bagi tambah nilai dan tempoh sah?
    Denominasi tambah nilai Altel bernilai RM5, RM10, RM30 and RM50.

    Tempoh Sah
    RM5 – 5 hari
    RM10 – 20 hari
    RM30 – 60 hari
    RM50 – 90 hari

    No comments

    Terima kasih.