Header Ads

Yahoo! Bola punya pasal, Kelantan cuti lagi 21 Oktober


Pengerusi JK Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood
Pengerusi JK Pembangunan Insan,
Belia, Sukan & NGO Negeri,
Datuk Abdul Fattah Mahmood
Seperti biasa Demam Piala Malaysia melanda lagi peminat tegar RED WARRIOR! Perlawanan akhir Piala Malaysia pada 20 Oktober 2012 ini akan mempamerkan kegagahan pasukan negeri Che Siti Wan Kembang ini menghadapi serangan meriam dan mortar dari Pasukan Angkatan Tentera malaysia (ATM) dalam Stadium Shah Alam nanti.

Demi menyokong arena sukan tempatan, Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan 21 Oktober ini sebagai cuti peristiwa. Datuk Abdul Fattah Mahmood telah mengumumkan perkara itu pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, petang tadi.

Pengumuman tersebut juga dihantar kepada Laman Facebook Menteri Besar Kelantan, Dato' bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat. Cuti peristiwa ini diberi dengan harapan orang ramai yang ingin ke Shah Alam menyaksikan perlawanan akhir ini dapat berada dalam keadaan selesa pergi dan balik dan sentiasa mematuhi aturan jalanraya agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Pengumuman cuti 20 Oktober dalam Facebook Menteri Besar Kelantan
Kenyataan dan pengumuman oleh Dato' Bentara Setia, Nik Aziz B. Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan dalam laman Facebooknya tengahari tadi.

Apa pun, yang penting, ini adalah cuti kali kedua sempena BOLA dalam tahun ini selepas Kelantan berjaya memasuki akhir Piala FA yang bertemu dengan Sime Darby pada 20 Mei lalu.

No comments

Terima kasih.