Why Maybank should give me tickets to Legoland ! Err.. plis?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lego, Lego, Legoland! Sebut sahaja nama Lego, pasti menjadi kegilaan ramai, bukan sahaja bayi, budak-budak, mak dan bapa budak juga suka main Lego ni. Kadang-kadang Pak Aji dan Mak Aji kat kampung tu pun main juga Lego ni. Main dengan siapa? Main dengan cucu-cucu dia la.
Kenapa Maybank patut bagi je tiket tu kepada saya? Tak perlu dah pilih-pilih. Sebab anak-anak saya memang gilakan Lego. Tak kira yang besar atau yang kecil. Celik mata je, Lego, nak tidur pun main Lego. nak pergi sekolah pun, sempat lagi main Lego. Kalau masa dia main tu, memang asyik sangat-sangat. Ajak makan pun tak mahu. Ayam goreng yang jadi kegemaran mereka tu pandang sebelah mata je.
Bukan setakat main adik- beradik je. Siap ajak kawan-kawan lagi datang main kat rumah. Lepas tu siap 'promote' lagi kat kawan-kawan suruh beli Lego, nak main sama-sama. Sesekali tu aku pun turut rasa 'jeles', maka aku pun ajak juga isteriku bermain sama...hehehe. Bayangkan istana yang kami boleh bina bersama..kan..kan..kan...
Anak-anak, kalau dah main Lego, bukan main khusyuk lagi. Kadang-kadang berebut, menangis, bergaduh. Tapi kejap je. Tak sampai 1 minit berbaik semula. Lepas main, suka hati dia je nak campak mana-mana. Habis bersepah rumah. Kalau dah tengok rumah bersepah, macam nak campak je Lego tu, tapi, bila fikirkan 'kekreatifan' anak-anak membina ciptaan Lego mereka, tak sampai hati pula. Sabar je la.
Tu kalau main Lego yang kecik-kecik, bayangkan kalau dia dapat pergi ke LegoLand yang besar tu. Konfirm tak mahu balik, nak tidur kat situ.
Maklumlah bukan setakat boleh tengok Lego yang besar je, tapi yang paling best dapat tengok miniatur Menara kembar Petronas. Budak-budak memang suka miniatur-miniatur ni. Lebih bermakna bagi mereka sebab boleh pegang dengan tangan. Terima kasih kepada pencipta LegoLand ni kerana menambah satu lagi tempat untuk keluarga bersantai disamping menambahkan bilangan pelancong di Malaysia ni.
Oleh sebab itu, panel-panel pemilih Maybank (ye, awak yang baik-hati lagi bijaksana yang tengah membaca karangan saya ni lah), perlu memberi tiket free kepada saya dan keluarga saya yang gilakan Lego ni. Lagi pun saya memang suka cuti-cuti Malaysia ni, lebih-lebih lagi dengan tiket free yang ditaja oleh Sang Rimau.
Secara teknikalnya, saya memang termasuk dalam golongan mereka-mereka yang layak untuk diberi tiket free ni sebab, saya dan isteri saya memang menggunakan perbankan Maybank dan Maybank2U 24 jam untuk segala urusan kewangan (nak buat macam mana, gaji kami memang melalui Maybank... hehehe). Tapi sebenarnya, Maybank2U dapat memenuhi keperluan perbankan saya dengan pantas dan amat mudah. Bukan bodek tapi itulah kenyataannya. Sehinggalah saya dapat jumpa satu bank yang dapat mengatasi Maybank, saya akan kekal dengan Maybank.
Tapi kalau saya dapat pergi ke LegoLand, saya pun akan rasa bangga sebab dalam kehidupan saya ni, saya sempat untuk ke TAMAN TEMA ANTARABANGSA PERTAMA MALAYSIA!
Contoh harga tiket untuk keluarga saya. |
Hope u win.
ReplyDelete