Majlis Pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025
Berikut adalah laporan terus dari KLCC.
Bacaan lain : Apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan ( 2013 - 2025 )?
Ucapan daripada Timbalan Perdana Menteri :
1. Pengajian sekolah menengah disingkat dari 5 tahun sekarang ke 4 tahun sahaja. Sekolah rendah 5 tahun berbanding 6 tahun sekarang.
2. 11 anjakan dibuat termasuk tingkat penguasaan BM dan BI. Murid sekolah menengah wajib belajar Sastera Inggeris.
3. Kurikulum BM yg standard pada peringkat rendah merangkumi semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)
4. Kementerian Pelajaran galak setiap murid pelajari bahasa tambahan seperti Cina,Tamil,Arab atau bahasa antarabangsa yang lain.
5. Akses internet dan pembelajaran maya akan ditingkat menerusi 1BestariNet di 10,000 sekolah. Semua murid dpt akses rangkaian 4G.
6. KPM akan perluas sistem analisis peperiksaan (SAPS) untuk bolehkan ibubapa pantau kemajuan anak di sekolah melalui internet
7. Kementerian Pelajaran akan buat hari terbuka untuk bolehkan masyarakat umum teliti Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 itu. Pelan itu nanti tak ubah seperti satu referendum bersejarah yg melambangkan cita2 dan harapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.
Ucapan daripada Perdana Menteri :
1. PM puji pelan dibentang TPM. Sangat komprehensif, demokratik kerana ambil input pelbagai golongan , pakar dlm dan luar negara.
2. Kerajaan bersikap bertanggungjawab merencana halatuju lebih baik.
(11 anjakan pada 11 september 2012). Tamat
Untuk download Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan ( 2013 - 2025 ) sila klik sini.
Era Pendidikan ICT Bermula
ReplyDeleteEra ICT dah mula lama dah dengan pelbagai kekangan, komputer, line internet,... lebih tepat jika dikatakan "Era Pengurusan Pendidikan dan Maklumat Melalui Internet" bermula. :)
ReplyDeleteSekarang kebanyakan sekolah dah ada Internet atau akan ada Internet Broadband (1BestariNet) menggantikan Schoolnet (*hampeh*), dengan tahap capaian yang lebih luas kerana lebih ramai cikgu dan murid-murid yang dah ada laptop/telefon pintar/tablet.
Sekolah pula sekarang diarahkan menggunakan "Sistem-Sistem Aplikasi Secara Online" menyebabkan warga sekolah tiada pilihan lain selain akur dan belajar menggunakan ICT.
Walau bagai mana pun, pertambahan guru 1:12 adalah sesuatu yang amat baik, namun dikhuatiri pula ada pertambahan mata pelajaran. Dan dengan pengurangan tahun belajar di sekolah, dibimbangi pula cikgu-cikgu akan menjadi mangsa keadaan.
PEACE!