Header Ads

Anda sudah sedia untuk 2012?

Tahun baru bakal menjelma, apa persediaan anda setakat ni? Mungkin tahun 2012 nanti akan membawa seribu makna kepada anda?
Yang pasti ada beberapa perkara besar yang akan terjadi tahun depan. Jangan dilupa ada yang mengatakan tahun 2012, adalah tahun berakhirnya tamadun manusia. Tahun kemusnahan dunia. Percayalah anda?

Bagi saya, soal kiamat ini tidak perlu difikirkan sangat kerana kiamat itu akan datang bila sampai waktunya. Yang penting adakah kita sudah membuat persediaan yang sepatutnya? Jika kita sudah bersedia, maka soal bila akan kiamat ini adalah tidak relevan lagi.


Tahun depan juga kita akan menempuh Pilihan Raya ke 13, PRU 13. Saya tidak mahu ulas panjang lebar pasal PRU13 ini, kerana tarikhnya masih samar-samar. Khabar angin menyatakan ia akan terjadi pada bulan Mac nanti. Betul ke?

Ada juga yang mengatakan ia akan diadakan pada April 2012 serentak dengan pilihanraya negeri Sarawak? Sila betulkan saya jika saya tersilap.

Tapi yang pasti, dalam pembentangan bujet 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa PRU13 adalah dalam masa terdekat. Kita sama-samalah tunggu dan lihat. Tarikh mana yang akan menjadi sejarah kepada negara kita.

Yang terbaru adalah SKIM BARU GAJI PEKERJA KERAJAAN. Skim baru ini yang dikenali sebagai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikatakan merupakan penambahbaikan kepada skim SSM yang ada sekarang. Pelaksanaan skim ini  saya jangka akan memberi kesan yang signifikan kepada skim gaji sektor swasta dan juga harga barang runcit dikedai. Jadi adakah anda sudah bersedia dengan kenaikan harga barangan ini? Apa pun, seperti biasa, tahun baru akan tetap memberikan peluang baru dan azam baru kepada mereka yang mahu merebut peluang ini.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan maaf dan terima kasih kepada semua pengunjung mindaict.blogspot.com. Saya mengharapkan semoga tahun 2012 akan membawa lebih makna dalam kehidupan kita dan semoga tahun 2012 akan memberikan kita lebih banyak peluang untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.


Akhir kata, kepada adik-adik, Selamat Kembali ke Sekolah. :)
Usahalah dengan bersungguh-sungguh dalam semua kerja yang diamanahkan. Semoga kita semua akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Amin...

Salam dari pengarang : Mohd Farimi b. Ab. Rahman. 

No comments

Terima kasih.