Header Ads

Airdroid - Urus Android anda melalui Ubuntu.

Mungkin anda seperti saya yang menyangka Android dan Ubuntu adalah benda yang sama. Mungkin kerana Ubuntu dan Android adalah kedua-duanya distro Linux. Oleh kerana itu, mungkin anda menyangka ANDROID dan UBUNTU boleh bekerja bersama.

Tapi sebenarnya jauh panggang dari api.Rupa-rupanya Android ini disasarkan kepada pengguna WINDOWS dan bukannya Linux.

Walaupun Android adalah Linux, tapi ia tidak menggunakan lesen GPL sebagaimana distro Linux yang lain. Sebaliknya, ia menggunakan lesen Apache. Ini bermakna pembuat ANDROID, Google, tidak perlu membuka kod kepada orang ramai? Sila betulkan saya jika saya silap.

Strategi Google ini saya amat faham. Namun, natijahnya saya telah rasai pada hari ini. Sebagai contoh, Samsung KIES - program pengurusan/komunikasi telefon ke komputer hanya disediakan untuk versi Windows sahaja. Begitu juga dengan program untuk 'root' telefon, juga tidak tersedia untuk Linux. Dengan kata lain, Telefon Android adalah telefon untuk Pengguna Windows dan bukannya untuk Linux.

Walaupun begitu, kita masih beruntung kerana bagi setiap masalah dalam Linux, mesti ada orang yang akan cuba menyelesaikan nya. Dan hari ini saya telah menemui satu program yang saya kira amat berguna dan mungkin lebih baik daripada perisian asal versi Windows yang disediakan.

Airdroid - adalah satu perisian atau program untuk menguruskan teLefon Android anda melalui komputer anda. Airdroid ini boleh digunakan di semua jenis komputer kerana ia menggunakan antaramuka pelayar web seperti Chrome, Firefox, Safari atau Internet Explorer.

Untuk menggunakan  Airdroid, anda perlu download programnya dalam MARKET ANDROID. Airdroid boleh dipindah-turun secara percuma. Kemudian, anda perlu membuka program itu di telefon Android anda. Ia akan memberikan satu no IP: contohnya 192.168.1.2:8888 yang akan anda masukkan di ruang URL browser pilihan anda. Tekan 'enter' dan anda akan dapat satu antaramuka yang amat menarik.

Oh ya, pastikan anda telah mengaktifkan 'wifi' di telefon dan komputer serta di modem/router wifi anda sebelum anda gunakan Airdroid.

Melalui Airdroid ini, anda boleh baca, menghantar dan menerima  sms, sunting senarai  'contacts', install atau buang program/aplikasi, pindahkan fail-fail dan gambar-gambar, dapatkan statistik telefon anda dan sebagainya.

Dengan kata lain, Airdroid, amat sesuai untuk pengurusan tamadun Android anda. Anda boleh mendapatkan aplikasi AIRDROID di sini.

https://market.android.com/details?id=com.sand.airdroid

Anda boleh baca mengenai Airdroid di laman webnya:

Airdroid.com



No comments

Terima kasih.