Header Ads

Pasukan Terjemahan

Bagi sesiapa yang berminat untuk menghulurkan tangan menterjemah GNOME ke Bahasa Melayu, anda dijemput hadir pada  Tarikh: 27 Februari 2010 Masa : 9 malam hingga 11 malam Lokasi: irc.gnome.org ##i18n-ms  Saya memerlukan seberapa banyak maklumbalas dari pelbagai pihak untuk mencapai sasaran 50% aplikasi GNOME 2.30 telah siap diterjemah menjelang akhir tahun ini.  Cara untuk sambung ke channel ##i18n-ms pada irc.gnome.org menggunakan xchat (atau klien irc yang lain):  /SERVER irc.gnome.org  Jika anda telah menyambung ke pelayan irc lain selain irc.gnome.org, sila guna arahan: /NEWSERVER irc.gnome.org  kemudian taip ##i18n-ms pada ruang channel untuk dimasuki (pop up)  atau guna arahan: /JOIN ##i18n-ms  Buat masa ini, anda semua dijemput membaca dokumentasi berikut untuk langkah-langkah menterjemah GNOME ke Bahasa Melayu http://wiki.debmal.my/index.php?title=Terjemah_GNOME  Maklumat pasukan penterjemah GNOME ke Bahasa Melayu yang sedia ada  http://l10n.gnome.org/teams/ms   Bagi mereka yang tidak tahu apa itu GNOME, sila ke http://en.wikipedia.org/wiki/GNOME  Sebarang bantuan yang dihulurkan amatlah dihargai.  --  Terima kasih,  Umarzuki Mochlis http://debmal.my

No comments

Terima kasih.