Iklan Berita Harian Baru



Iklan Berita Harian format baru ni berjaya buat saya pening sampai terasa loya. Kalau ya pun nak tunjukkan kehebatan memutarbelit fakta, janganlah sampai sakit kepala otak orang. Tak faham betul.

"Zaman dah berubah, dunia dah maju."

1. Abang, Jadi kalau zaman dah berubah, dunia dah maju, kena makan makanan import baru boleh jaga badan? Kalau makan nasi lemak tak maju? Makanan tempatan buatan ibu yang penuh kasih-sayang tak maju?

"Zaman dah berubah, dunia dah maju."

2. Emak, kalau baling-baling surat khabar (pecah pasu bunga) tanpa bertegur-sapa, hilang adat sopan tu maknanya kita dah maju? Kesian Bapa, kalau sakit jantung masa tu...innalillah.

3. Bapa, jadi saiz surat khabar kecil ini maju? Kalau besar tak maju? Macam meludah ke langit saja? Dulu seingat saya, ada orang selalu melabelkan surat-surat khabar saiz kecil ni sebagai surat khabar berita murahan, tabloid picisan. Jadi saiz tabloid itu saiz maju ya? Jadi selama ini, BH terlambat jadi maju ke? Sebab The Sun, The Star, sudah lama saiz kecil, sudah lama maju?

"Zaman dah berubah, dunia dah maju."

Kalau nak buat iklan tu, fikir-fikirlah, jangan sampai orang meluat. Kalau nak tahu, zaman dah lama berubah! Dunia sememangnya dah lama maju! Ni nak masuk zaman kemerosotan pula ni.. sebab tu kena jimat-jimat ya.

1. Abang, jangan makan makanan import, kalau nak jaga badan pun, makan lah buah-buahan tempatan.

2. Ibu, minta si Ravi tu, jangan baling-baling surat-khabar, kalau pecah pasu, kena beli lain. Tak boleh berjimatlah kalau hari-hari beli pasu baru.

3. Bapa, ajarlah Abang tu pakai senonoh sikit masuk TV. Aurat tu.