Defrag Ubuntu Linux
Saya ingat lagi bila kali pertama pakai Windows 98 dulu. Ada satu utility yang dinamakan defrag. Utility ni fungsinya adalah untuk menyusun kembali fail-fail dalam cakera keras agar prestasi Windows lebih mantap dan laju. Sekiranya tidak di defrag, komputer boleh jadi perlahan macam siput.
dulu, masa pakai Windows 98, kalau nak keluar rumah saja, mesti setkan komputer supaya defrag dahulu. Lagi pun saya suka lihat skrin defrag tu. Suka tengok kotak-kotak kecil di pindah-pindah. Cantik dan elegan serta nampak macam kita tengah baiki komputer kan?
Saya rasa ramai yang tak tahu bahawa Linux ni tak memerlukan operasi defrag ni sebab dari azali lagi filesystem (cara linux susun fail) sememangnya tak akan fragmented. Pada mulanya saya pun tertanya-tanya juga, tapi selepas menggunakan Linux dalam tiga-empat tahun tahun defrag komputer - tanpa ada masalah seperti komputer semakin perlahan, saya sudah menerima hakikat bahawa sememangnya Linux ni tak perlukan kerja-kerja defrag tu. Tapi saya masih juga tertanya-tanya, bagaimana Linux tak fragmented selepas salin, padam, pindah beribu-ribu fail selama ini?
Siapa ada jawapannya? Kongsi sikit?
Loading image
Click anywhere to cancel
Image unavailable
Post a Comment