Header Ads

Dapatkan sokongan warna cantik untuk Firefox

Pernahkah foto digital yang anda masukkan ke dalam blog atau Flickr dipaparkan lebih pudar berbanding paparan di desktop anda? Ini sebenarnya disebabkan oleh profil warna terperinci Firefox 3 tidak diaktifkan.

Untuk diaktifkan, sila taip about:config di bar alamat Firefox 3, kemudian klik punat "I'll be careful, I promise!".

Kemudian di medan Filter, taip gfx.color_management.enabled dan set nilainya kepada true (asalnya false).


Restart Firefox.

Itu sahaja. Sepatutnya warna foto-foto anda akan nampak lebih ceria.

Jadi kenapa ia tidak diaktifkan secara automatik? Menurut Mozilla, ia adalah kerana ia hanya berfungsi kepada komputer yang mempunyai keupayaan tinggi.

Loading image

Click anywhere to cancel

Image unavailable

No comments

Terima kasih.