Header Ads

Berkenalan dengan Adsense

Saya akan catatkan di sini setiap kali saya mendapat maklumat terbaru mengenai Adsense. Mungkin boleh di anggap, ruangan ini adalah khas untuk catatan pembelajaran saya mengenai Adsense.

Untuk kali ini, saya mulakan dengan Pengenalan kepada Adsense.

Adsense adalah program pengiklanan dari Google. Dengan Adsense, semua orang yang mempunyai laman web, boleh memohon untuk menyertai program ini. Sekiranya diterima, Google akan meletakkan iklan berbayar dalam laman web anda. Sekiranya iklan tersebut diklik oleh pengunjung lawan web, kita akan mendapat komisen.

Google bayar kita?

Sebenarnya, Google mempunyai satu lagi program bernama Adwords. Program ini adalah berlawanan dengan program Adsense. Jika Adsense untuk webmaster / blogger, program Adwords pula adalah untuk pengiklan yang ingin mengiklankan perniagaan mereka. Pengiklan ini akan dicaj mengikut jumlah klik yang dijana. Iklan-iklan ini pula akan diagih-agihkan kepada jutaan laman web yang menganggotai program Adsense.

Sebahagian harga yang dibayar oleh pengiklan adalah apa yang anda akan terima. Tapi itu pun bergantung kepada jumlah pengunjung dan jumlah klik yang laman web anda janakan.

Harga satu-satu klik berbeza-beza mengikut berapa yang pengiklan bayar. Ada sesetengah iklan itu murah kliknya. Ada pula iklan-iklan yang mahal kliknya.

Diandaikan secara purata kita menerima $0.20USD untuk satu klik, dan laman web kita mendapat 25 klik sehari,kita akan dapat $5USD sehari. Jika ini konsisten setiap hari; darab dengan 30 hari sebulan, maka kita boleh menjana $150USD sebulan. Tapi ini adalah kiraan kasar sahaja. Hasil yang anda dapat mungkin berbeza.

Rujukan: http://www.google.com/…./adsense_tour

No comments

Terima kasih.