Header Ads

Install aplikasi / perisian dalam ubuntu

Salam semua.


Mungkin perkara pertama yang kita akan buat selepas install ubuntu adalah untuk mengistall atau memasang perisian-perisian yang ada. Kita kena faham satu perkara sebelum itu, perisian windows (secara umumnya; tapi boleh diinstall sekiranya menggunakan virtualization) tidak boleh diinstall dalam linux - termasuklah ubuntu.


Demikianlah juga, perisian Windows (secara umumnya) tidak boleh diinstall dalam Ubuntu.


Oleh itu, janganlah kita harapkan untuk install perisian-perisian yang biasa kita install dalam Windows ya!


Sebenarnya untuk install perisian dalam ubuntu cukup senang, malah lebih senang berbanding dengan Windows.


Fungsi ADD / REMOVE...


Dalam ubuntu ada satu menu Add/ Remove program. Ia boleh dicapai melalui menu [ Application]-[Add/Remove...].


Ia bukanlah seperti Add/Remove Programs.. yang ada dalam Windows. Jika dalam windows kita perlu d/load dahulu perisian terbabit dan kemudiannya kita mulakan pemasangan dengan mengetik ikon program tersebut. Tapi dlam ubuntu ia lebih senang, asalkan ada akses internet, semuanya menjadi senang.


Add/Remove... dalam Ubuntu sudah menyediakan aplikasi-aplikasi yang sesuai dengan ubuntu. Dengan kata lain, semua perisian / program sedah tersenarai.


Kita hanya perlu pilih satu program dan menekan Apply! Perisian yang kita pilih itu akan didownload dan diinstall secara automatik! Ya, secara automatik. Ini kerana, ubuntu mempunyai tapak penyimpanan untuk semua perisian untuknya.


Bagaimana pula sekiranya program yang kita hendak itu tidak tersenarai dalam Add/Remove... ? Sila baca tulisan saya seterusnya untuk mengetahui caranya.


Menggunakan GDebi Installer


Itu senang sahaja. Biasanya fail untuk ubuntu didatangkan dalam format .deb dan .tar.gz atau tar.bz.


Sekiranya fail dalam format .deb, kita hanya perlu install GDebi melalui Add/Remove... dahulu dan kemudiannya kita ke laman web perisian tersebut dan klik pautan untuk download. Seperti biasa, sekiranya anda menggunakan Firefox, ia akan meminta anda memilih untuk membuka atau menyimpan perisian tersebut. Anda boleh memilih mana-mana satu, tapi saya syorkan anda pilih membuka fail tersebut dengan GDebi Installer. Fail itu akan didownload, dipasang secara autormatik!


Untuk format lain seperti .tar.gz dan .tar. bz dan sebagainya, biasanya kita perlu download dahulu fail dan extract ke desktop. Jangan risau, biasanya fail-fail jenis ini disertakan arahan cara-cara untuk pemasangannya melalui terminal.


Install dengan arahan terminal apt-get


Biasanya sekiranya perisian itu telah disediakan untuk ubuntu, anda boleh menggunakan terminal dan menggunakan arahan apt-get. Sekali lagi, jangan risau kerana arahan sepatutnya disertakan dalam laman web perisian tersebut. Kita perlu ikuti sahaja satu persatu arah tersebut.


Senang kan?


Selamat mencuba...

No comments

Terima kasih.