Bayar Zakat Fitrah Melalui Maybank2u
Salam semua, pagi tadi bangun-bangun je terus teringat, zakat fitrah tak bayar lagi. Dah lah hari ni kerja, hmm.. macam mana ye?
Dulu saya ada dengar boleh bayar zakat dengan cara online. Tapi macam mana ya?
Jadi saya mula lah buat kajian sikit. Kesimpulan hasil dapatan saya adalah sepeti berikut :
Ada dua syarat yang disepakati ulamak yang wajib dipenuhi oleh pembayar zakat agar zakat yang dikeluarkannya sah;Pertama; Berniat di dalam hati ketika mengeluarkan zakat bahawa harta/wang yang dikeluarkan itu adalah zakat.Kedua; Memberi milik harta/wang zakat itu kepada orang yang berhak menerimanya secara lansung atau melalui wakil yang dipercayai dapat menyampaikan harta itu kepada orang yang berhak menerimanya. Maksud memberi milik ialah ia memisahkan harta itu dari pemilikannya dan menyerahkan harta itu untuk dimiliki oleh orang-orang yang berhak menerima zakat mengikut yang ditetapkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 60.Melihat kepada syarat-syarat di atas, tidak menjadi halangan untuk membayar zakat secara online (Internet banking) dengan syarat hendaklah dipastikan akaun penerima adalah milik orang yang layak menerima zakat atau milik wakil yang dipercayai dapat menyalurkan zakat kepada orang yang berhak menerimanya. Selain itu, hendaklah diniatkan zakat ketika pemindahan dilakukan.Wallahu a’lam.
Dipetik daripada https://jalanakhirat.wordpress.com/2012/07/22/hukum-zakat-fitrah/
Baik, Jadi bagaimana caranya untuk membayar zakat fitrah melalui MBB2U?
Caranya mudah sekali :-
1. Mula-mula sekali kita login akaun Maybank2u kita seperti biasa di https://www.maybank2u.com.my .
2. Kita pilih Accounts & Banking
3. Di menu sebelah kiri kita pilih pula Menu Bill Payment
4. Bila keluar paparan, kita pilih Make one-off payment
5. Di paparan seterusnya, klik View all payees dan pastikan kita pilih Zakat and Charity dan tekan butang Continue
6. Kemudian langkah seterusnya kita pilih Badan Pungutan Zakat yang kita mahu ... dan tekan butang continue
7. Di paparan seterusnya, kita masukkan nilai zakat yang ingin kita bayar , no talifon untuk dihubungi dan jenis zakat yang mahu dibayar dan tekan butang continue
8. Untuk teruskan, kita perlu no keselamatan TAC. Pastikan telefon kita ada berdekatan. Tekan Request a TAC numbers. Nanti SMS no TAC ini akan dihantar ke nombor telifon kita yang kita daftarkan untuk Maybank2u. Setelah dapat nombor itu menerusi SMS, isikan dan NIAT LAH BAYAR ZAKAT sebelum klik butang Continue.
Niat bayar zakat fitrah: http://mindaict.blogspot.com/2015/07/bacaan-niat-zakat-fitrah-di-bulan.html
Rujukan :
Hukum bayar zakat fitrah secara online :
Hukum bayar zakat fitrah secara sms
Post a Comment