Persediaan sebelum install Ubuntu
1- Anda perlu suka mencuba dan tidak perlu risau akan kesilapan. Ini penting jika ada masalah timbul.
2- 'Bersihkan' semua pengalaman anda menggunakan Windows. Maksudnya, lupakan dahulu mengenai kemahiran menggunakan Windows. Bersedia dengan minda yang tenang dan terbuka untuk menerima benda baru dan berbeza.
3- Pastikan komputer anda boleh gunakan broadband (dial-up tidak digalakkan) untuk memudahkan anda selepas ini. Internet akan digunakan secara meluas untuk membantu pelajaran ber'Ubuntu' anda nanti.
4- Ingat! Ubuntu bukan Windows! Bersedia untuk meneroka segala kemungkinan yang tiba. Perisian/ aplikasi untuk linux sedikit berbeza dengan perisian Windows.
5- Walaupun Ubuntu menjadi semakin mesra pengguna (klik n drag), arahan secara taipan (termina) masih meluas digunakan untuk pembelajaran. Pastikan anda boleh menerima kaedah ini.
Langkah pertama
- Download iso file Ubuntu untuk PC (processor Intel X86) di sini.
- Download iso file Ubuntu untuk 64bit PC (processor AMD64) di sini.
- Burn file iso tadi dengan CD burner. File tadi akan ditukar menjadi cd bootable.
Post a Comment