Kerajaan mungkin tidak laksana gaji dua kali sebulan
Baru-baru ni ada seorang bapa pelajar datang ke kantin sekolah saya. Kebetulan pada masa itu saya sedang menjamu selera. Saya pun menyapanya dan menjemputnya makan bersama.
Kami pun bersembang tentang isu terbaru pada masa itu; isu gaji 2 kali sebulan untuk kakitangan kerajaan. Katanya, kerja cikgu sekarang sudah jadi seperti pekerja ladang sawit, (sekolah saya dalam ladang sawit)kerana gaji diberi 2 kali sebulan.
Seraya itu saya terfikir, sekiranya masyarakat boleh berfikir sedemikian, tentu ada silapnya sebab nampak sangat masyarakat menganggap taraf profesionalan guru ni dah setaraf dengan pekerja ladang! Eh, salah jalan ke pemimpin kita ni? Selalu yang diwar-warkan adalah ke arah meninggikan keprofesionalan guru. Meninggikan martabat guru. Memperkasakan sekolah. Nampaknya keputusan itu jika di teruskan dah jadi terbalik dah. Saya terpaksa nyatakan, saya tidak menentang keputusan kerajaan dan saya juga tidak menerima keputusan tersebut dengan baik sebab dalam keadaan sekarang pun sudah agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan isu-isu kewangan keluarga ini.
Malam ni saya ke laman web berita harian: Tajuk ni amat menarik perhatian saya.Lalu saya amati dan baca dengan penuh minat.
Nampaknya, kerajaan dah buat sekali lagi. Tak ada ketegasan lah kalau macam ni. Kalau nak buat, buatlah. Kalau tak nak buat, janganlah umum nak buat. Nampak sangat macam tak bersedia membuat keputusan. Bahaya tu kepada semua orang. Kalau kata nak buat, kena buatlah. Tapi sepatutnya sebelum nak umum nak buat tu, kenalah kaji secara menyeluruh dahulu.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan mungkin tidak akan melaksanakan pembayaran gaji dua kali sebulan seperti dicadangkan berikutan tentangan banyak pihak, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.
Beliau berkata, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan cadangan pembayaran gaji pegawai dan kakitangan kerajaan dalam dua ansuran sebulan mulai Ogos ini, pelbagai reaksi diterima dengan lebih banyak pihak yang menentang daripada menyokongnya.
"Ini termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) serta pemimpin parti politik sendiri yang menganggap ia menyusahkan dan bukan cara terbaik untuk membantu kakitangan awam menguruskan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan harga bahan api," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, keputusan muktamad hanya akan ditentukan pada mesyuarat Kabinet akan datang.
“Ramai yang beritahu perkara akan menyusahkan mereka. Mesyuarat Kabinet akan datang kita akan bincang dan kita akan buat keputusan muktamad nanti,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan MIC Negeri Terengganu 2008 di sini hari ini. - Bernama

Post a Comment