Header Ads

Menggunakan Galaxy S2 untuk mengarang blog

Salam sejahtera kepada semua. Setelah mencuba beberapa perisian/aplikasi khas android untuk mengemaskini blog saya ini. Akhirnya saya dapat membuat keputusan bahawa tiada satu pun yang dapat memuaskan hati saya untuk digunakan sebagai aplikasi tetap untuk menulis blog. 

Pada ketika ini, saya sedang menggunakan Galaxy S2 saya untuk menaip karangan ini; tapi bukan melalui mana-mana aplikasi Android; terus melalui pelayar web default yang dibekalkan. Mungkin saya akan menulis tentang aplikasi-aplikasi mengarang blog yang telah saya cuba sebelum ini pada masa hadapan? Insya Allah. 

Nampaknya saya lebih senang dan selesa mengguna kaedah biasa untuk mengemaskini blog ini iaitu melalui pelayar web biasa. 

Walau pun begitu, saya masih mengharapkan agar pada masa masa hadapan akan ada satu aplikasi Android yang betul-betul dapat digunakan secara tetap untuk mengemaskini blog ini.

Sekian dulu buat kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. 

Dikarang di Adde Tanah Merah melalui SGS2 menggunakan line WIFI Adde.

1 comment:

  1. Tentera menggunakan teknologi telefon Android dalam medan pertempuran:

    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan selain sebagai peranti komunikasi di mana teknologi ini hanya dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat. Pihak tentera juga telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera.

    Baca artikel sepenuhnya di www.gombug.net

    ReplyDelete

Terima kasih.