Install Printer Canon LBP 2900 dalam Ubuntu Natty
Salam hormat. Untuk akli ini saya akan menerangkan kaedah untuk memasang driver pencetak Canon LBP2900 ke dalam Ubuntu 11.04 atau Natty Narwhal.
Pengenalan
Pencetak laser Canon sekarang dibekalkan dengan Canon Advanced Printing Technology (CAPT), satu driver sumber tertutup yang dicipta khusus oleh Canon sendiri.
Driver ini menyokong hampir keseluruhan pencetak LBPxxxx untuk:
- Ubuntu 12.04 - Pangolin
- Ubuntu 11.10 - Oneiric
- Ubuntu 11.04 - Natty
- Ubuntu 10.10 - Maverick
- Ubuntu 10.04 - Lucid
Ia juga dilaporkan berfungsi untuk Ubuntu 9.10 (Karmic) dan Ubuntu 9.04 (Jaunty)
Gudang Pakej ( untuk 11.04 ke bawah)
Driver pencetak ini dibahagikan kepada dua pakej: cndrvcups-capt dan cndrvcups-common yang boleh diperolehi menerusi PPA Pencetak Canon. Sehingga Mac 2012, PPA ini menempatkan driver terbaru versi 3.5 yang dikeluarkan Canon. Versi ini dibina untuk komputer pemproses i386 dan juga amd64 khas untuk Lucid, Maverick, Natty dan Oneiric. Berikut adalah cara paling mudah untuk memasang driver ini.
Untuk manambahkan PPA ke dalam sistem Ubuntu anda dan seterusnya memasangnya sila buka terminal dan laksanakan arahan ini satu persatu:
sudo add-apt-repository ppa:michael-gruz/canon sudo apt-get update sudo apt-get install cndrvcups-capt cndrvcups-common
Selepas memasukkan PPA dan memasangnya, anda perlu tambah dan 'configure' printer anda ya.
Menambah Pencetak
'Configure' CUPS
System->Administration->Printing add printer.
Pilih "Add printer".
JANGAN pilih Pencetak USB yang dikesan oleh Ubuntu.
Pilih "CAPT Printer".
Anda akan nampak "ccp" dalam URI. Ubah URI menjadi "ccp:/var/ccpd/fifo0".
Klik "next", cari model pencetak anda dan 'Add printer'.
Pilih English variant. jika model anda tiada, pilihlah model terdekat.
'Configure' servis Canon
Laksanakan arahan ini dalam terminal
$ sudo /etc/init.d/ccpd restart $ sudo /etc/init.d/ccpd status Canon Printer Daemon for CUPS: ccpd: 8956 8954
Jika dan hanya jika anda lihat hanya ada satu nombor diakhir barisnya, sunting fail ccpd.conf yang berada di /etc/ccpd.conf dan tambahkan arahan ini:
DevicePath /dev/usb/lp0
Atau anda boleh cuba ini dalam terminal:
$ sudo /usr/sbin/ccpdadmin -p LBP2900 -o /dev/usblp0
Sekarang, mulakan semula servis Canon dengan melaksanakan arahan ini pada terminal:
$ sudo /etc/init.d/ccpd restart $ sudo /etc/init.d/ccpd status Canon Printer Daemon for CUPS: ccpd: 8956 8954
anda sepatutnya boleh melihat 2 nombor diakhir baris. Jika tidak, cuba restart komputer atau.
Memulakan/Menutup servis printer secara automatik
Buka fail /etc/udev/rules.d/85-canon-capt.rules
$ gksudo gedit /etc/udev/rules.d/85-canon-capt.rules
dan isikan dengan arahan ini dan save, tutup:
KERNEL=="lp*", SUBSYSTEMS=="usb", ACTION=="add", SYSFS{idVendor}=="04a9", RUN+="/bin/bash /etc/init.d/ccpd start" KERNEL=="lp*", SUBSYSTEMS=="usb", ACTION=="remove", RUN+="/bin/bash /etc/init.d/ccpd stop"
Seterusnya, aktifkan semula UDEV config:
$ sudo udevadm control --reload-rules
Sekarang periksa jika trick ini berjaya.
$ sudo /etc/init.d/ccpd status
Cuba buang palam USB pencetak anda dan cucuk semula untuk 2-3 kali. Adakah pencetak anda dikesan secara automatik? Jika ya, Tahniah! Cuba lagi selepas restart komputer dan cuba print satu halaman ujian untuk lebih yakin.
Status Monitor
Untuk membenarkan Status Monitor berfungsi secara automatik: System Settings->Startup Applications
Klik butang Add.
Name:Status Pencetak Canon
Command: captstatusui -e -P
Description: apa-apa je
Post a Comment