25 sebab kenapa anda perlu guna Ubuntu


Ramai orang yang tidak mahu mencuba Linux (seperti Ubuntu, Fedora) kerana sudah biasa menggunakan Windows atau Mac. Mungkin benar ada faktor-faktor menolak yang menyebabkan orang ramai tidak mahu menggunakan Linux. Mungkin sebab kurangnya sokongan daripada aplikasi terkenal seperti Photoshop dan MS Office atau kurangnya sokongan ( driver) dari penyedia perkakasan seperti printer dan kad grafik. 
Namun kita perlu sedar bahasa kita hidup dalam sebuah dunia perkomputeran yang ditakrif oleh Windows. Pengguna terpaksa? dipaksa? menggunakan Windows kerana itulah sistem pengoperasi yang diberikan jika  membeli komputer baru.  Itulah juga sebabnya banyak penyedia perkakasan menyediakan banyak driver untuk Windows. 
Walau bagaimana pun sokongan kepada komputer Linux dari segi 'driver' dan perkakasan telah meningkat sejak setahun dua ini akibat penggunaan meluas Linux Android dan Ubuntu. Pada masa yang sama komuniti Linux sendiri telah berang berjaya menyediakan satu Linux yang benar-benar ramah pengguna dan benar-benar boleh digunakan oleh orang ramai.
Walau pun begitu perbahasan sama ada orang ramai akan lebih suka menggunakan Linux atau Windows atau  Mac tidak akan terhenti dan tidak akan ada penghujungnya. Dasarnya, semua itu adalah pilihan masing-masing. Saya sendiri menggunakan Ubuntu di Laptop peribadi saya, Windows di komputer desktop pejabat dan kadang-kadang MAC OSX.
Memandangkan saya telah mencuba ketiga-tiga OS, mungkin saya boleh berkongsi pandangan saya mengapa kita patut menggunakan Linux Ubuntu; setidak-tidaknya untuk PC di rumah.  Mungkin pengalaman saya ini boleh dijadikan panduan untuk pengguna komputer yang baru. Jika anda sedang menggunakan Linux sekarang, anda dijemput untuk komen kepada karangan saya ini agar boleh juga menjadi panduan kepada pengguna lain:
  1. Ubuntu adalah PERCUMA (Begitu juga Linux lain). Jimat ~ RM262 bagi Windows 7 Home Basic ASLI
  2. LibreOffice adalah PERCUMA (Perisian Menaip / Kerja). Jimat ~ RM445 bagi Office 10 Home OEM ASLI
  3. Hanya memerlukan 384MB RAM, 10GB Hardisk . (Windows 7, 1GB RAM, 16 GB Hardisk.) 
  4. Ubuntu lebih stabil, tidak 'hang' sesuka hati.
  5. Boleh dikatakan tiada virus merbahaya. (Jimat ~ RM55 - Anti Virus Kaspersky 2012 - lesen setahun untuk 1 pengguna)
  6. Pakej Ubuntu sudah lengkap dengan perisian-perisian kerja dan Internet.
  7. Masalah-masalah sistem Ubuntu akan dibaiki / baik-pulih segera secara online. Tidak perlu tunggu.
  8. Update manager dalam Ubuntu akan mengemaskini semua sekali perisian yang ada dalam komputer.
  9. Anda tidak perlu jadi pengguna perisian cetak rompak . Perisian dibekalkan dalam Ubuntu adalah percuma dan boleh dikongsi dengan orang lain tanpa had.
  10. Tidak perlu mencari perisian dalam Internet. Ubuntu sudah senaraikan semua perisian yang ada untuk ada..
  11. Tidak perlu defrag. Defrag hanya untuk Windows sahaja.
  12. Gunakan MSN, AIM, ICQ, Jabber, Gtalk, Yahoo hanya dengan satu program sahaja. Jimatkan memori komputer anda.
  13. Anda buka terlalu banyak program? Gunakan fungsi Workspaces dalam Ubuntu untuk memudahkan anda.
  14. Komputer lama anda masih boleh digunakan tanpa upgrade perkakasan setiap kali Ubuntu diupgrade.
  15. Tema / Wallpaper menggunakan sumber memori yang kecil. Ringan dan lancar.
  16. Dengan Ubuntu, anda sentiasa jimat setiap tahun. (Jimat ~ RM200 setiap 2 years setiap kali anda tukar Windows ASLI baru).
  17. Semua upgrade Ubuntu adalah percuma. Setiap 6 month, anda akan dapat Ubuntu versi baru.
  18. Upgrade di lakukan dengan automatik dan secara online setelah anda membenarnya. 
  19. Anda boleh pilih mana-mana antaramuka yang anda mahu. Jika anda mahu antaramuka Windows, anda boleh pasang tema Windows, jika anda mahu antaramuka MAC, anda boleh pasang tema MAC.
  20. Ubuntu akan memberitahu anda jika hardisk anda rosak. Anda tidak perlu scandisk.
  21. Anda boleh dapatkan Ubuntu melalui Internet secara percuma. 
  22. Anda boleh cari penyelesaian masalah komputer anda diUbuntuforums secara percuma. Jika anda mahukan bantuan Profesional, anda boleh bayar perkhidmatan itu.
  23. Sistem Ubuntu dijamin dan akan ditambah-baik melalui skim Long Term Support (LTS). Ubuntu 12.04 nanti akan dijamin selama 5 tahun. 
  24. Printer, modem  broadband, perkakasan lain yang disokong Ubuntu boleh diguna terus tanpa pasang driver atau seting.
  25. Akhir sekali, anda boleh terus menggunakan Internet tanpa Install Ubuntu dengan menggunakan Live CD atau Live USB.
Saya rasa cukup lah setakat ini untuk perkongsian kali ini. Semoga ia dapat membantu anda. Jika anda mahu mencuba Ubuntu anda boleh downloadnya di http://www.ubuntu.com/download . Sebarang pertanyaan sila gunakan kotak komen di bawah ya. :)