Header Ads

Mengaktifkan Driver Wireless dalam Compaq Presario CQ40-627TU

German screenshot of Ubuntu 9.10 "Karmic ...Salam sejahtera,

Kiriman kali ini khas buat saudara Kamaruddin yang menghubungi saya menerusi blog saya ini. Beliau ingin tahu cara untuk mengaktifkan driver wifi dalam Laptop Compaq Presario CQ30 / CQ40xxx untuk Ubuntu 9.10 Karmic Koala.

Terlebih dahulu, terima kasih atas pertanyaan saudara. Di sini saya akan cuba jelaskan dengan seringkas yang mungkin kaedahnya. Saya ucapkan juga tahniah kerana saudara juga berjaya memasang Ubuntu ke dalam lebih kurang 20 unit komputer sebelum ini. Satu kejayaan untuk saudara. Tahniah!

Baiklah, mari kita mulakan. Saya kira, saudara sudah pun selesai memasang Ubuntu pada laptop tersebut dan hanya mahu mengaktifkan driver wirelessnya sahaja. Oleh itu saya tidak akan menulis tentang kaedah untuk memasang Ubuntu 9.10 di sini.

Pertama sekali, cara saya ini hanya telah uji berjaya pada model Presario CQ40-627TU menggunakan Ubuntu 9.10 Karmic Koala. Saya tidak pasti sekiranya ia juga boleh diguna-pakai pada model lain dan juga versi Ubuntu lain. Tapi secara teorinya, sekiranya ia menggunakan perkakasan sama, maka cara ini sepatutnya boleh berjaya.

Buka terminal :-

1. Kita periksa dulu jenis adapter wifi laptop :    sudo lspci
pastikan kita mempunyai adapter Broadcom terlebih dahulu. Model 627TU yang diuji mempunyai adapter Broadcom BCM4312 (rev 01). 

2. Pada awalnya, jockey (pengesan hardware Ubuntu) akan mengesan adapter Broadcom ini. Malahan akan memberikan pilihan untuk ACTIVATE Driver; dan berkemungkinan besar juga driver tersebut akan dipasang secara automatik semasa memasang Ubuntu. Kita boleh pastikan keadaan ini menerusi Synaptic Package Manager. Taipkan broadcom di SEARCH.

3.  Sekiranya pakej bcmwl-kernel-source dan bcmwl-modalaliases telah dipasang. Sila BUANG terlebih dahulu. Klik kanan dan pilih pilihan Mark for Complete Removal.

4. Di terminal, sila taipkan : sudo apt-get autoremove && sudo apt-get autoclean
Kemudian, taipkan sudo apt-get --purge bcmwl-kernel-source bcmwl-modalaliases
Ini untuk memastikan pakej itu dibuang sepenuhnya.

5. Sekarang, sila buka Software Sources dan pilih (tick) CDROM/DVD Ubuntu 9.10 Karmic Koala atau sekiranya saudara ada kabel ethernet network (RJ45), saudara sambungkan saja pada laptop tersebut; Ini lebih senang.
Kemudian taipkan    sudo apt-get update

6. Pasang semula driver tersebut dengan arahan   sudo apt-get install bcmwl-kernel-source bcmwl-modalaliases

7. Kemudian    sudo reboot
WAJIB RESTART.

8. Setelah itu, saudara boleh periksa sekiranya Network Manager sudah mengesan Access Point saudara. Jika belum, tunggu Jockey mengesan Broadcom sekali lagi (dalam beberapa minit) dan Klik ACTIVATE.

Selamat berjaya!

4 comments:

  1. Terima kasih di atas perhatian penulis.. sangat membantu..Sama-samalah kita berusaha agar kebaikannya dapat dinikmati semua..

    ReplyDelete
  2. Sama-sama. Jika boleh, saya nak tau jika cara di atas ni berjaya atau tidak, ya...

    ReplyDelete
  3. Setelah menanti laptop jenis Compaq ni. Akhirnya berjaya juga tutorial ini. Compaq Presario CQ20 juga menggunakan adapter Broadcom BCM43xx. Saya buat beberapa kali kerana tidak tahu apa punca kenapa sebaik sahaja selesai wifi ok, lepas restart, laptop tak boeh detect signal wifi. kemudian on/off laptop sampai 5 -6 kali baru signal wifi berfungsi normal.. Dan sehingga kini ownernya cakap masih stabil wifi tersebut. Terima kasih di atas bimbingan..

    ReplyDelete
  4. Itu le, kena pastikan betul2 package yg ubuntu install secara automatik di buang sepenuhnya...

    Di terminal, sila taipkan : sudo apt-get autoremove && sudo apt-get autoclean
    Kemudian, taipkan sudo apt-get --purge bcmwl-kernel-source bcmwl-modalaliases
    Ini untuk memastikan pakej itu dibuang sepenuhnya.

    ReplyDelete

Terima kasih.