EONBANK problem
3 hari lepas saya transfer duit dari maybank2u ke akaun semasa saya di EONBANK. Saya dah biasa transfer duit ni sebab setiap bulan saya gunakan saluran ini untuk membayar "hire-purchase" kereta dan kad kredit EONBANK.
Namun, saya terkejut kerana sehari selepas itu, semasa saya memeriksa akaun Maybank2u saya, wang tersebut dikembalikan (rejected).
Saya pun menelefon Service Centre EONBANK di nombor 0327829464. Saya disapa dalam Bahasa Inggeris. Namun saya memilih untuk bercakap dalam Bahasa Melayu walau pun saya boleh bertutur B, Inggeris. Saya dilayan dalam B. Melayu oleh seorang perempuan dalam pelat Cina yang pekat. Setelah menerangkan masalah saya, beliau meminta nama, no.kad pengenalan dan no. akaun semasa serta nama ibu.
Hmm.. siapa ingat no. akaun semasa? Bukannya ada buku akaun pun. Saya pun malas nak buka Maybank2u untuk lihat no akaun tersebut.
Setelah saya jelaskan saya tidak ingat no. akaun tersebut, beliau meminta pula no. akaun Kad Kredit saya. Kad kredit ini saya jarang guna dan saya simpan dalam almari. (saya dah ada 3 kad krdit lain yang biasa saya pakai). Kad kredit EONBANK ini saya guna hanyalah sebagai 'backup'.
Jadi untuk saya mengambil kad tersebut, memakan beberapa ketika. Tiba-tiba talian senyap. Beliau telah mematikan talian ???
Kemudian setelah saya mendapat kad kredit tersebut, saya telefon kembali, dan kali ni dilayan oleh seorang lelaki (juga dalam pelat Cina).
Saya terpaksa menerangkan kembali masalah saya. Dan kali ini tanpa meminta apa-apa maklumat beliau dengan tegas menerangkan terdapat masalah untuk akaun semasa pada masa ini dan masalah ini hanyalah untuk hari tersebut.
Oleh kerana jawapan beliau amat tegas dan yakin, maka, saya pun terkedu dan diam sahaja. Mungkin ada benarnya.
Hari ini, 27 September, saya telefon kembali Service Centre apabila akaun semasa saya belum disenaraikan dalam Internet Banking EONBANK.
Seperti biasa, saya disapa dalam Bahasa Inggeris dan dilayan oleh seorang perempuan yang agak pelat juga Berbahasa Melayu. Cuma kali ini saya tidak dapat mengagak pelat itu pelat kaum apa. (Di akhir perbualan, saya mendapat tahu namanya adalah ARUNA; err, bukan Melayu agaknya)
Setelah menerangakan masalah saya satu persatu dari awal, beliau meminta maklumat-maklumat saya. Setelah beberapa ketika, beliau mengatakan akaun semasa saya telah dibatalkan!!!
DIBATALKAN???? Siapa yang batal? Kenapa dibatalkan?
Beliau bertanya jika saya ada meminta agar akaun saya dibatalkan. Untuk apa saya nak akaun itu dibatalkan? Itukan akaun yang saya selalu guna setiap bulan untuk terima wang dari Maybank2u untuk membayar kereta dan kad kredit saya? Menurut beliau lagi, akaun itu dibatalkan di cawangan asal akaun saya. Saya perlu ke cawangan itu untuk menyelesaikan masalah ini.
Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa pula saya perlu ke cawangan semata-mata menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh pegawai EONBANK? Saya mula naik darah dan enggan meletakkan diri saya dalam kesusahan disebabkan oleh orang lain.
Saya kemudiannya meminta no telefon untuk membuat aduan, kerana saya yakin ini adalah satu kesilapan di pihak EONBANK. Akaun saya selalu aktif, jadi kenapa pula dibatalkan oleh pegawai EONBANK?
Lagi pun, saya tidak menggunakan akaun itu untuk apa-apa tujuan selain menerima wang dan membayar kereta dan kad kredit.
Maka, beliau memberikan no telefon cawangan tersebut. Saya tegaskan saya mahukan no. telefon HQ sebab saya nak adukan terus. Ini adalah satu kesilapan di pihak EONBANK. Saya nakkan suatu gantirugi. Siapa nak bayarkan bil telefon saya selama 1/2 jam ni?
Akhirnya, beliau memberikan no. telefon bahagian akaun HQ. Tetapi saya perlu telefon hari Isnin pula.
Hmm.. rumit sungguh EONBANK. Tobat lepas habis bayar kereta ni tak nak dah berurusan dengan EONBANK. Serik dah.
1. Sebagai seorang pelanggan Melayu saya lebih selesa dengan operator dari Service Centre ni fasih berbahasa Melayu. Payah nak adukan apa-apa jika kita pun tak berapa faham apa pegawai tu nak.
2. Saya rasa EONBANK ini mengamalkan pilih kasih sebab sudah 5-6 kali saya telefon eonbank, semuanya dijawab oleh pegawai bukan melayu. Mana pegawai Melayu nya? Saya bukan perkauman, saya cuma bosan cuba mengagak apa yang pegawai pelat tu nak saja.
3. EONBANK, tolonglah dapatkan pegawai yang fasih berbahasa Melayu.
4. Saya tak puas hati dengan pegawai Lelaki yang pelat Cina tu. Cakapnya seolah-olah nak halau saya saja.
* Saya tidak gunakan istilah perempuan atau lelaki Cina atau India sebab saya tidak tahu siapa mereka sebenarnya dan saya bukanlah seorang yang bersifat perkauman. Cuma saya agak kecewa mereka tidak fasih berbahasa Melayu sehingga menyebabkan saya sedikit hairan mereka boleh bekerja di PR (Service Centre). Bagi saya amatlah tidak sesuai jika sekadar boleh berbahasa Melayu. Customer Service wajib fasih.
p/s: Sebelum ini ada satu lagi masalah berkenaan permohonan kad kredit EONBANK. Sungguh lembab dan rumit. Kad Kredit EONBANK yang saya mula-mula sekali apply cuma dapat selepas saya dapat 3 kad kredit lain dari bank-bank lain. Itu pun lepas saya buat aduan. HUH!!
EONBANK HAMPEH!!

Post a Comment