XP vs Ubuntu Linux vs Mac OSX

Pengenalan

Mari kita bandingkan sistem operasi yang paling hebat buat masa ini. (Vista adalah produk ke-10 paling teruk, menurut CNET, jadi kita tak boleh gunakan Vista - guna XP saja lah.)

Pesertanya:

Windows XP… dari Dunia Komersil Micr0s0ft.
Ubuntu… dari Dunia Linux, Distro Linux no. 1 masa ini mengikut Distrowatch.
Mac OS X… dari Dunia inovasi hebat Apple.

Pusingan 1 - harga

Windows XP: Anda boleh dapatkannya secara percuma sekiranya anda beli komputer baru; atau beli sahaja - tidaklah begitu mahal berbanding Vista.
Ubuntu: Percuma sepenuhnya kerana berkonsep Sumber Terbuka.
Mac OS X: Anda perlu membeli komputer Mac untuk mendapatkan OS X; dengan kata lain anda perlu membeli satu set komputer + perisian OS X untuk menggunakannya; lebih mahal.

Pemenang: Ubuntu


Pusingan 2 - kebolehgunaan / antaramuka

(pandangan seorang pengguna biasa…)

Windows XP: Senang untuk install/un-install program, ubah bentuk paparan, dan buat kerja-kerja biasa.
Ubuntu: Lebih rumit untuk digunakan - (penggunaan console, dll.) berbanding Windows. Punyai paparan efek grafik yang hebat.
Mac OS X: Lebih lembut dan cantik pada pandangan mata, sempurna dari segi antaramuka. Paparan grafik yang hebat. Mesra pengguna.

Winner: Mac OS X

Pusingan 3 - perisian bersesuaian

Windows XP: Aplikasi komersil MS, Open Source, Games, hampir semua aplikasi.
Ubuntu: Kurang sikit berbanding Windows.
Mac OS X: Lagi kurang berbanding Windows.

Winner: Windows XP


Profil Pengguna

Sepatutnya ada lagi pusingan lain seperti “keselamatan”, “sokongan”, namun agak sukar untuk diketahui oleh seorang pengguna biasa. Lagi pun semua itu bergantung pada cara pemakaian pengguna itu sendiri.

Pengaturcara .NET: Visual Studio 2006, SQL Server 2006… perlukan Windows (Mono? Terima kasih saja lah!).
Pengaturcara Java: Windows/Linux/Mac OS… boleh dibuat dalam kesemua OS.
Pembangun Web: Bergantung pada perisian/alat (cth: Adobe CS Suite)… Windows/Mac OS adalah pilihan utama.
Multimedia: Mac OS lebih sesuai dan stabil serta laju ?
Web/E-mail/IM: Windows/Mac OS/Linux… boleh dibuat dalam kesemua OS.
Gaming: Tentu sahaja Windows.
Pengguna Office: Windows/Mac OS… melainkan anda peminat Open Source dan sukakan OpenOffice, atau aplikasi online Google Doc…


Kesimpulan

Semua orang mempunyai pilihan masing-masing… Mana-mana OS boleh diubahsuai, dicantikkan, dieksploitasikan mengikut kehendak masing-masing.

Sebagai seseorang yang jarang sekali bermain games dan banyak menggunakan internet saya rasa Linux adalah pilihan utama. Bagaimana pun saya masih gunakan Windows dan Mac OS X melalui perisian mesin maya seperti Virtualbox.