Tutorial Menggunakan WS-FTP

FTP bermaksud Protokol Pemindahan Fail dan ia merupakan satu proses memindahkan fail-fail dari sebuah komputer ke komputer (server) yang lain.

AMBIL PERHATIAN : Sebelum anda memulakan penggunaan WS_FTP pastikan web hosting anda menyediakan perkhidmatan FTP ini. Lazimnya jika anda menggunakan web hosting percuma seperti geocities dan tripod, mereka jarang menyediakan perkhidmatan FTP ini, sebalinya menggunakan pemindahan fail secara web-based, iaitu melalui lamanweb yang direka khas untuk menghantar naik fail-fail.

Sebelum memilih webhosting pastikan anda mengetahui platform yang digunakan iaitu samada Linux atau Windows. Jika anda membina lamanweb berasaskan PHP dan Mysql anda perlu menggunakan webhosting yang berplatform Linux dan Apache dan jika anda membangunkan lamanweb ASP atau ASPNet dengan MSSql atau Microsoft Access anda perlu mencari webhosting berplatform Windows.

WS_FTP inilah program aplikasi yang digunakan untuk menghubungkan komputer anda dengan server agar anda dapat memindahkan fail-fail anda dari komputer anda ke server. Komputer anda pada ketika itu akan menjadi "pelanggan" (client) manakala server akan menjadi "pelayan".

Program WS_FTP Percuma

Jika anda belum mempunyai program WS_FTP versi berbayar untuk dipasang anda boleh memuat-turun yang percuma dari sini.

Setlah dipasang dan dijalankan, anda perlukan beberapa maklumat dari web hosting anda untuk menghubungkan komputer anda dengan server. Maklumatnya ialah:

1. Nama dan Alamat host (biasanya websiteanda.com atau ftp.websiteanda.com)

2. ID Pengguna dan Katalaluan

Jika anda telah memperolehinya kini anda sudah boleh masukkan di dalam medan-medan yang berkenaan.

Profile Name : Letakkan apa-apa nama yang mudah diingati untum menamakan sambungan ini.
Host Name/Address: websiteanda.com atau ftp.websiteanda.com
Host Type : Biasanya UNiX, jika tidak, anda perlu dapatkan kepastian dari penyedia webhosting anda.
User ID : ID Pengg
una
Password: Katalaluan

Klik kotak Save Pwd supaya anda tak perlu masukkan lagi ID Pengguna dan katalaluan pada masa akan datang.

Itu saja. Klik butang OK.

Jika benar maklumat yang dimasukkan anda akan disambungkan ke server anda dan begini rupanya nanti apabila berjaya di sambungkan.

Di sebelah kiri memaparkan direktori yang berada di dalam komputer anda, sementara di sebelah kanan pula ialah direktor yang berada di server. Sekarang anda perlu tukar direktori ini. Di sebelah kiri anda perlu pilih direktori di mana fail-fail yang hendak dihantar ke server itu berada. Anda boleh klik tanda anak panah berwarna hijau arah ke atas untuk browse komputer anda.

Di sebelah kanan pula ialah direktori dimana anda perlu letakkan fail-fail anda nanti. Biasanya web hosting menentukan anda perlu meletakkan semua fail-fail di dalam direktori public_html atau www. Jika anda ingin membuat subdirektori di dalam public_html/www klik butang MkDir di sebelah kanan dan masukkan nama subdirektori yang ingin anda cipta.

Untuk memindahkan fail anda cuma klik nama fail dan tekan anak panah -> yang berada di panel tengah. Jika anda ingin menghntar beberapa fail serentak, klik nama fail dengan menekan butang "Ctrl" pada keyboard anda dan klik anak panah.

Anda juga boleh menghantar satu folder ke server dengan cara yang sama.

PENTING : Dibawah panel direktori terdapat tiga butang radio bertanda ASCII, Binary, Auto. Fail-fail teks seperti .html, .txt, .php dan sebagainya perlu dihantar dalam bentuk ASCII. Sementara fail-fail imej, audio, mp3 dan seumpamanya perlu dihantar di dalam format binary. Kesilapan memilih format penghntaran akan mengakibatkan pelbagai hasil yang tidak menentu apabila lamanweb anda dibuka.

Bagaimana menukar Keizinan (Permission)

Jika anda memasang bulletin board, bilik chat, Buku Pelawat atau apa-apa skrip interaksi lain anda perlu berikan keizinan (CHMOD) supaya skrip itu boleh dilaksanakan. Jika tidak pengguna tidak dapat menulis / membaca Buku Pelawat berkenaan contohnya. Setelah menghantar fail berkenaan di server, fail-fail skrip itu hendaklah di berikan keizinan dengan menekan butang kanan tetikus anda di atas nama fail tersebut dan pilih chmod.

Keizinan 755

Keizinan 777







Kotak READ bernilai 4
Kotak WRITE bernilai 2
Kotak EXECUTE bernilai 1

Keizinan juga mungkin perlu diberikan kepada folder tertentu misalnya folder untuk penguna-pengguna menghantar naik foto-foto. Jika folder ini tidak diberikan keizinan, maka pengguna tidak akan dapat menghantar foto-foto mereka.

DEMIKIANLAH, tutorial ringkas bagaimana menggunakan WS_FTP. Semoga anda berjaya.


Loading image

Click anywhere to cancel

Image unavailable