Header Ads

Blogging guna Scribefire - Addon untuk Firefox

Sekarang ini saya sedang menguji Scribefire; satu aplikasi untuk menghantar blog menggunakan Firefox tanpa perlu login kepada Blogger.

Scribefire ni senang sahaja nak install tapi mesti gunakan Firefox lah. Untuk install, pastikan anda gunakan Firefox dan klik sini. Apabila kekotak soalan timbul, sila klik Install Now . Setelah siap didownload dan diinstall. Restart Firefox. Siap. Itu sahaja caranya, senangkan?

Setelah Firefox dibuka kembali, sila tekan F8 untuk aktifkan Scribefire. Satu kekotak Wizard akan timbul dan meminta kita masukkan alamat blog kita.

Sila masukkan alamat blog kita. Contohnya, bayamsawi.blogspot.com dan tekan butang NEXT.

Scribefire akan mengesan dan akan mengatur segala ketetapan blog secara automatik.

Tekan NEXT sekali lagi dan masukkan username dan password akaun Blogger kita.
Tekan NEXT lagi dan Scribefire akan cuba login ke dalam akaun Blogger kita itu.

Tekan NEXT untuk kali terakhir dan lepas tu tekan FINISH. Itu sahaja.

* Kita juga boleh masukkan blog-blog lain dengan menekan butang add selepas ini.

Maka selesailah proses menetapan dan pengaturan untuk Scribefire. Cubalah. Post ini pun saya hantar melalui scribefire.



No comments

Terima kasih.