Yang mana satu: Ubuntu, PCLOS dan Linux Mint ?
Salam semua,
Selepas beberapa hari menggunakan Linux Mint akhirnya saya rasa saya sudah boleh membuat kesimpulan tentang pilihan kegemaran saya.
Secara keseluruhan, pada akhirnya saya masih memilih Ubuntu berbanding PCLOS dan Linux Mint.
Kenapa?
Mungkin kerana saya sudah terlalu selesa menggunakan Linux Ubuntu. Mungkin juga sebab buat masa ini Linux Ubuntu adalah distro kegemaran ramai. Tiada fakta saintifik yang spesifik untuk saya nyatakan, namun pada saya Ubuntu mudah dipelajari dan digunakan, forumnya mesra pengguna dan cepat mendapat jawapan, tutorialnya berlambak dalam internet, dan yang paling penting saya berasa selesa, selamat dan yakin saya menggunakan distro yang stabil. Lagi pun saya suka dengan konsep boleh update sistem setiap hari. Pada saya ini menunjukkan kemajuan Ubuntu dan perkembangan positif kerana setiap hari ada sahaja fix untuk Ubuntu. Lebih banyak fix, lebih banyak komponen atau hardware yang akan disupport pada masa hadapan.
Macam mana dengan PCLOS dan Linux Mint?
PCLOS dan Linux Mint yang adalah distro yang hebat. Malah saya tak terkejut jika ada pengguna yang lebih memilih PCLOS dan Linux Mint berbanding Ubuntu. Pada saya antara ketiga-tiga distro, tiada yang melebihi yang lain. Masing-masing dicipta untuk tujuan masing-masing.
PCLOS, dengan mottonya "the hopper stopper" yang bermakna distro yang akan akhirnya dipilih oleh pengguna selepas mencuba pelbagai-bagai distro, nampaknya tidak serasi dengan saya. Mungkin saya sudah terlalu selesa dgn GDebi dan apt-get iaitu kaedah install program dalam ubuntu, maka saya berasa leceh dengan cara pemasangan dalam PCLOS (selain guna synaptic).
Linux Mint pula gagal mendapat tempat dari segi ideanya untuk saya. Mungkin kerana saya boleh memasang sendiri semua ciri-ciri multimedia utk ubuntu, maka rasanya tidak relevan untuk gunakan Linux Mint. Lagi pun saya dapati Linux Mint juga gunakan repository Ubuntu dan saya dapati dari segi fix hardware pun agak ketinggalan berbanding Ubuntu. Contohnya, masalah overheat hardisk yg telah diselesaikan oleh UBuntu masih timbul dengan Linux Mint Elyssa. Oleh itu, rasanya lebih baik jika gunakan Ubuntu sahaja.
Secara kesimpulan, PCLOS dan Linux Mint amat sesuai untuk pengguna Windows yang baru nak mengenali Linux. Mungkin selepas ini, saya akan syorkan agar pengguna baru mulakan perjalanan ke dunia Linux menerusi PCLOS atau Linux Mint. Kemudian apabila sudah kenal barulah boleh memilih distro yang benar-benar sesuai dengan diri masing-masing.
LINUX - The freedom to choose!!!! LINUX RULES!!!!
Loading image
Click anywhere to cancel
Image unavailable
ayy.. cuma melawat..
ReplyDeletewah ekstreme betul linux kat sini.. cantik design..
tq apis17. Takdelah ekstrem sangat, cuma catatan peribadi je.
ReplyDeleteDesign tu dari free design je, sobek sikit-sikit.
ambo pun dok godek2 ubuntu sekarang.ubuntu mmg cun. tapi still dual boot dengan windows...:)
ReplyDeleteUbuntu: U buntu + I buntu = The best OS till this day.
ReplyDeleteApa beza Ubuntu dengan Debian? Dengar kata Ubuntu nak jadi macam Redhat.. nak dikomersilkan???
ReplyDeleteTak.. dia dah jamin benda ni free sokmo-sokmo. Tapi mungkin versi server akan dikomersilkan.
ReplyDelete