Header Ads

Bina kata laluan pada BIOS…

Kita sambung perbincangan kita mengenai BIOS..

Sebelum ini kita telah bincangkan 2 tajuk yang berkaitan BIOS. Lihat post tersebut :

* BIOS komputer anda…?
* BIOS - bhg 2

Kali ini kita bincangkan pula secara ringkas bagaimana kita boleh meletakkan password pada BIOS komputer kita. Ini bertujuan untuk mengelakkan BIOS komputer kita dimasuki oleh orang lain.

awardbiosmenu.gif

Cara-caranya ialah :

* Masuk ke dalam sistem bios komputer anda dengan menekan “Del” , “F1” (bergantung kepada komputer anda)
* Pilih “Set User Password” dan tekan “ENTER“
* Isikan maklumat password yang dikehendaki.
* Tekan F10 untuk save .

Restart semula komputer anda dan bila anda cuba memasuki BIOS anda dikehendaki memasukkan password seperti apa yang telah anda lakukan melalui langkah diatas. Masukkan password untuk memasuki BIOS.

Post akan datang kita bincang pula mengenai bagaimana kita boleh memecahkan password BIOS bila kita terlupa password tersebut.

No comments

Terima kasih.