Header Ads

Adakah Linux kebal virus?


Jika komputer anda tiba-tiba sahaja shutdown dengan sendiri atau tiba-tiba sahaja memaparkan teks-teks pelik atau iklan-iklan yang anda tidak minta atau pun jika anda tiba-tiba sahaja dihujani oleh emel-emel yang 'melampau', komputer anda berkemungkinan besar dijangkiti virus. Sebab utamanya adalah anda menggunakan Windows.

Virus ini sangat sukar menjangkiti Linux. Bukan kerana Linux kebal daripada virus. Ada kemungkinan virus Linux mungkin sudah pun wujud. Walau bagaimana pun, anda boleh berlapang dada kerana virus-virus ini berkemungkinan besar tidak akan dapat mengatasi sistem Linux anda. Ini adalah kerana:
  • Kebanyakan orang menggunakan  Microsoft Windows, dan ramai hackers-hackers jahat di luar sana yang mampu menembusi sistem Windows;  oleh itu, sasaran paling senang adalah  Windows dan virus Windows ini tidak boleh berfungsi dalam Linux. Tapi perlu juga kita ketahui bahawa walau pun Apache web server (sistem pelayan internet/ web paling banyak di gunakan dunia), adalah sistem berasaskan Linux, ia sangat kurang terdedah kepada serangan hackers dan virus berbanding IIS (sistem pelayan berasaskan Windows)
  • Linux menggunakan sistem pengesahan pintar. Dalam Windows jika anda tersalah padam folder sistem Windows, anda boleh terus lakukannya. Ini kerana anda mempunyai hak langsung sebagai Admin. Windows akan membenarkan anda merosakkannya. Akhirnya, anda tidak akan dapat boot Windows keesokkan harinya.  Bayangkan jika anda boleh tersalah padam, sudah tentu program-program lain (virus/malware,dll) juga boleh berbuat demikian. Tindakan sebegitu tidak dibenarkan dalam Linux. Setiap kali anda mahu lakukan perubahan pada sistem,  anda perlu memasukkan kata laluan Admin. Jika anda bukan admin komputer itu, anda tidak boleh teruskan. Begitu juga dengan virus. Virus/Malware,  dan sebagainya tidak akan dapat mengubah apa-apa fail sistem kerana ia tidak mempunyai kata laluan atau kebenaran itu. 
  • dalam linux banyak orang akan memeriksa kod sistem. Linux adalah Perisian Sumber Terbuka, yang bermaksud mana-mana pengaturcara dalam dunia ini boleh melihat kod-kod sistem dan membantu menambah-baik sistem itu. Anda juga sebagai pengguna Linux boleh menyumbangkan laporan jika terjumpa masalah dalam sistem. Mengikut pengalaman saya, dalam komuniti Ubuntu, masalah-masalah yang besar akan dibaikpulih dalam masa 48 jam sahaja.
  • Tapi, persoalannya, bolehkah virus Linux menjangkiti Linux? Tentu sahaja boleh. Tapi untuk menjangkiti suatu komputer, ia memerlukan pengguna Linux yang amat cuai dan mudah tertipu. Sebagai contoh, untuk pengguna biasa Ubuntu, semua perisian sudah disediakan melalui Software Center (anda tidak perlu download dan install sendiri). Semua perisian dalam Software Center ini telah pun disahkan kesahihah dan keselamatannya. Dan jika pengguna biasa ini download perisian asing daripada Internet, Ubuntu akan memberikan amaran sebelum install. Walau pun, pengguna tadi telah berjaya memasang perisian itu ke dalam komputernya, ia masih belum boleh digunakan kerana pengguna masih perlu menetapkan hak kebenaran secara manual kepada perisian itu. Dan jika perisian itu telah berjaya dibuka dan digunakan sekali pun, Ubuntu akan memberi amaran dan meminta penggunanya untuk memasukkan kata laluan Admin sekiranya perisian tadi cuba mengubah sistemnya.
       
Jadi, adakah Linux benar-benar kebal dari serangan virus? Bagi saya tidak! Bukan kebal tapi AMAT SUKAR untuk dijangkiti virus.

No comments

Terima kasih.