Blog revision? @mindaiict · 2.6.08
Saya baru sahaja mendapat feedback dari seorang rakan yang memberi feedback mengenai tempoh masa loading blog ini yang lambat.

Untuk pengetahuan, semua widget yang saya letakkan itu adalah semata-mata untuk pembelajaran sahaja dan tidak akan kekal di situ. Walau bagaimana pun saya ucapkan terima kasih kerana sudi memberi maklum balas dan mungkin saya akan letakkan widget-widget itu di dalam sebuah post dan bukannya di blog utama untuk memendekkan masa loading.

Mungkin content sekarang sesuai untuk sambungan broadband sahaja sebab setelah 5 kali diuji di cybercafe, rumah, rumah rakan dan pejabat yang menggunakan streamyx, masa loadingnya secara purata kurang daripada 8 saat.

Untuk sambungan dial-up atau sambungan maxis3g, digi3g atau celcom3g yang perlahan (kerana tiada coverage, ia jadi sambungan gprs/edge sahaja) mungkin boleh melayari blog saya di versi ringkas (RSS) sahaja:

Versi RSS

Setelah mencuba (guna broadband juga), loading untuk rss version ni hanya 3 saat sahaja (purata). Mungkin berguna untuk mereka yang menggunakan jalur sempit.

Selamat mencuba!!!
👍 👁