Belajar berblog.
Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya belajar mengenai kaedah menulis blog dengan betul. Bila saya terlihat post-post saya sebelum ini, terdetik pula di hati saya tentang teknik penulisan saya yang tidak konsisten dan kadang-kala merapu-rapu.
Saya juga berharap agar dapat belajar untuk mendapatkan wang menggunakan penulisan blog ini. Dengan hati yang tenang dan fikiran yang terbuka, saya mulakan langkah saya untuk lebih memajukan diri saya menggunakan medium penulisan blog saya ini.
Buat masa ini, saya mengintai-intai Google Adsense sebagai pendapatan sampingan dan juga banyak membaca blog-blog yang sudah terkenal untuk melihat cara penulisan mereka.
Saya rasa antara kriteria berblog ini adalah seperti di bawah ni, tapi betul, saya tidak tahu sebenarnya:
1. Jujur, bersikap positif dan sanggup berkongsi ilmu.
2. Tulis apa yang menjadi minat kita, kalau boleh yang merupakan kelebihan kita.
3. Kena kreatif dan kena ada keunikan sendiri.
4. Bina identiti / signature penulisan sendiri dan kena ASLI.
5. Boleh menggunakan strategi pemasaran online.
6. Konsisten update blog, tulis content yang menarik
dan bina komuniti pembaca dengan sabar.
Doakan saya berjaya mengharungi perjalanan ilmu ini. Insya-Allah, ilmu yang saya perolehi akan saya sampaikan pula kepada para pembaca.
p/s: kalau ada pembaca yang nak berikan tips atau komen kepada saya, silakan.

saya doakan sedara berjaya.. tulis saja apa datang dari hati, itu lagi bermakna berbanding 'copy and paste' tulisan dari laman lain. good luck!
ReplyDeleteterima kasih banyak. Kata-kata itu membuatkan saya bersemangat ni..
ReplyDelete